April 2, 2026

Lawatan Seni Satria Cipta ke Sekolah Kebangsaan Nuri, Negeri Sembilan Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia

0
Screenshot (1261)

Pada 28 Ogos 2019 yang lalu, Pihak Satria Cipta bersama-sama Kementerian Pelajaran Malaysia juga Yayasan Hasanah telah membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Nuri. Lawatan ini bertujuan memantau aktiviti Satria Cipta di Sekolah bersama dengan wakil dari Pengawai Kementerian Pelajaran Malaysia dan Yayasan Hasanah.

Lawatan bermula pada 3 petang dengan ketibaan Pihak Satria Cipta, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Nuri dan Puan Zainariah Johari Naib Presiden Yayasan Hasanah. Kami disambut dengan meriah dengan paluan kompang dan diiringi oleh bunga manggar.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Guru Besar SK Nuri. Kemudian, Pengawai Pendidikan daerah Kuala Pilah, Seterusnya Pengerusi PIBG SK Nuri. Dan akhir sekali, Ucapan dari Naib Presiden Yayasan Hasanah, Puan Zainariah Johari.

Kemudian lawatan itu diserikan dengan persembahan Tarian Tradisional Negeri Sembilan. Kemudian persembahan Permainan Tradisional seperti Congkak dan Batu Seremban. Lawatan itu juga diserikan dengan Demo masakan Tradisional Negeri Sembilan dan juga persembahan Baju Tradisional Negeri Sembilan.

Pihak Satria Cipta juga sempat menyaksikan Prototaip Alat Penyejuk Badan yang dihasilkan oleh murid-murid Satria Cipta SK Nuri. Prototaip ini akan dipersembahkan di hadapan juri pada Pertandingan Akhir Satria Cipta 2019 yang akan di adakan pada penghujung tahun 2019.

Seterusnya Pihak Satria Cipta juga memantau sesi Satria Cipta dengan guru pembimbing memberi penerangan tentang metodologi berfikir secara berstruktur dan juga masalah masa kini yang perlu pelajar selesaikan menggunakan adat resam nenek moyang dahulu.

Pihak Satria Cipta juga berpeluang melihat sendiri persembahan dari Murid-murid tentang cara mereka menyelesaikan masalah diberi. Dari Pemerhatian murid-murid dapat memahami dan dapat mengikuti aktiviti Satria Cipta dengan baik.

Komen dari pelajar dan guru tentang Satria Cipta Design Thinking dan Pitching Untuk Kesenian Budaya Dan Warisan :

” Satu program yang menarik kerana memberi peluang kepada murid berfikiran secara kreatif dan dalam masa yang sama mereka dapat mengenal bahan-bahan tradisional. Pelajar lain selain pelajar SatriaCipta, mereka berminat dengan persatuan ini dan pelajar Satria Cipta ni lebih kreatif jika mereka ada idea yang baharu mereka akan terus jumpa guru Satria Cipta dan beritahu idea mereka.”

SASHILA BNTI KASA, SK NURI

” Assalamualaikum, saya cikgu Azairina, guru pembimbing kelab Satria Cipta SK Nuri. Bagi pendapat saya, kelab ini sangat menarik dan bagus kerana ianya dapat membudayakan inovasi secara konvensional dikalangan murid-murid. Dengan berbekalkan modul yang telah diberi, kelab ini dapat dijalankan lebih lancar. Modul yang diberi juga sangat bagus kerana ianya telah menyediakan cara-cara yang khusus iaitu dengan menggunakan 6 design thinking canvas bagi menyelesaikan masalah. Murid juga dapat menjana idea dengan berkesan dari sesi permbincangan dan sola jawab. Murid juga dapat menambah keyakinan mereka dalam membuat pembentangan kumpulan. Dan akhir sekali, sememangnya kelab ini telah dapatmemberi murid-murid pengetahuan dan pendedahan mengenai adat resam nenek moyang kita. Saya berbangga kerana dapat membantu generasi anak-anak kecil ini memartabatkan seni dan kebudayaan negara menerusi kelab Satria Cipta ini. “

AZAIRINA BINTI YUSOFF, SK NURI

” Satu program yang menarik yang berilmu dan satu program yang boleh melahirkan murid menjadi kreatif dan mencipta sesuatu serta saya menyokong program ni. Alhamdulillah, selepas program Satria Cipta Ini murid-murid lebih berani, lebih matang, dan berdasarkan cikgu yang mengajarsubjek RBT ini seperti yang diperkatakan oleh cikgu Azairina sejak program dilancarkan murid lebih berani mengeluarkan pendapat dan mencipta sebagainya.”

MOHAMAD ZAHARI BIN BAHAMAN, SK NURI

” Pada pendapat saya, kelab Satria Cipta sangat menarik kerana saya dapat mengenali budaya orang dulu dan warisan nenek moyang kita. Saya juga dapat menyelesaikan masalah dengan teratur dengan menggunakan 6 cara yang telah dipelajari oleh guru-guru saya. Selain itu, saya juga boleh membandingkan kehidupan masa lalu dan masa kini.”

SITI NUR ALYA BINTI ABDULLAH, SK NURI

” Pada pendapat saya, kelab ini sangat seronok. Kami boleh bekerjasama dalam kumpulan dan kami juga boleh buat kumpulan dan berbincang. Kelab ini boleh menyambung warisan nenek moyang yang dahulu, kita juga boleh mengetahui sejarah nenek moyang kita yang dahulu dan kita juga boleh mengekalkan warisan nenek moyang kita yang terdahulu.”

NUR AINAA BINTI SYAHIDAN KAMIL, SK NURI

” Pada pendapat saya, kelab Satria Cipta ini sangat seronok kerana dapat membandingkan cara orang zaman dahulu dan orang zaman kini menyelesaikan masalah. Kita juga boleh membincangkan dengan ahli kumpulan untuk menyelesaikan masalah secara berkumpulan. Kita juga boleh memartabatkan ilmu nenek moyang kita pada zaman dahulu.”

MUHD ZAHID BIN JALANI, SK NURI

Gambar Aktiviti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *