Jemputan Khas Dari SK Seri Hartamas, Kuala Lumpur
Satria Cipta mendapat jemputan untuk menghadiri Taklimat Pertandingan Satria Cipta 2021 bersama dengan Warga Pendidik, Murid-murid serta Ibubapa SK Seri Hartamas, Kuala Lumpur yang diadakan pada 05 Oktober 2021 Jam 3.00 petang menerusi Google Meet.
Taklimat ini merupakan inisiatif Unit Kokorikulum SK Seri Hartamas, Kuala Lumpur. Pihak Satria Cipta telah menerangkan dengan lebih lanjut tentang Misi dan Visi Program Satria Cipta 2021 serta maklumat tentang Pertandingan Satria Cipta 2021.
