April 2, 2026

Lawatan Seni Satria Cipta Ke SJK(C) Sungai Chua, Selangor

0
838c6500-0318-4525-b61e-45ddbb005e42

Pada 8 March 2019 yang lalu, Pihak Satria Cipta telah membuat lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Chua. Lawatan tersebut bertujuan untuk membantu dan menerangkan kepada guru untuk menggunakan Modul Satria Cipta dalam aktiviti KoKurikulum sekolah.

Pihak Satria Cipta telah tiba di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Chua pada pukul 10.00 pagi.Kami telah membuat perbincangan dengan Cikgu penyelaras di sekolah tersebut. Cikgu tersebut telah memberikan penjelasan tentang konsep Satria Cipta kepada murid-muird.

Pihak Satria Cipta juga telah mengambil cadangan dan aduan tentang keupayaan Modul Satria Cipta ini untuk ditambah baik pada masa hadapan. Pihak Satria Cipta juga berkesempatan melihat aktiviti yang dijalankan bersama guru pembimbing mereka.

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Chua terletak di Jalan 6, Kampung Sungai Chua, 43000 Kajang, Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *