April 2, 2026

[Ulang Siar] Ucapan dari Mantan Menteri Pendidikan Malaysia YB. Dr. Maszlee Malik Tentang Program Satria Cipta

0
72284156_3299064513498132_7588288827765030912_n

Ucapan dari Mantan Menteri Pendidikan Malaysia YB. Dr. Maszlee Malik : Tahniah diucapkan kepada pasukan Satria Cipta Sekolah Kebangsaan Proton City (SKPC) kerana telah muncul juara Pertandingan Akhir Peringkat Kebangsaan Satria Cipta Pitching Day 2019.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Satria Cipta Sekolah Kebangsaan Proton City (SKPC) kerana telah muncul juara Pertandingan Akhir Peringkat Kebangsaan Satria Cipta Pitching Day 2019.

Satria Cipta merupakan medan untuk para murid berusia antara 10 hingga 12 tahun menampilkan kemahiran aplikasi sains mereka dalam menyelesaikan masalah urusan harian dengan mengadun elemen seni, warisan dan budaya masyarakat majmuk di Malaysia.

Satria Cipta terhasil daripada kerjasama antara Yayasan Hasanah(yayasan berasaskan impak milik syarikat Khazanah Nasional) dan Netcarbon Sdn Bhd. Program ini dikukuhkan lagi dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia dan MaGiC selaku host pertandingan peringkat akhir.

Acara ini disertai oleh 75 buah sekolah bawah seliaan KPM diperingkat saringan, dan hanya 15 buah sekolah sahaja dipilih untuk Pitching Day peringkat akhir.

SKPC yang diwakili oleh Imtinan Faseeh, Dayana, Alvina, Adli, Hasif, Hazeem, Saifullah, Athif dan Farhan berjaya menewaskan 14 sekolah lain dalam acara yang berlangsung semalam.

Athif turut terpilih sebagai pemenang Anugerah Pitching Terbaik.

PM juga mengucapkan tahniah kepada guru guru SKPC yang terlibat, semoga terus cemerlang di masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *