April 2, 2026

Lawatan Seni Satria Cipta ke Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin, Selangor Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia

0
Screenshot (1258)

Pada 01 Ogos 2019 yang lalu, Pihak Satria Cipta bersama-sama Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin. Lawatan ini bertujuan memantau aktiviti Satria Cipta di Sekolah bersama dengan wakil dari Pengawai Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lawatan bermula pada 11 pagi dengan ketibaan Puan Haslina selaku wakil dari Satria Cipta juga Encik Roslan bin Shaarip Penolong Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian Sektor Pengurusan Aktiviti Murid Unit Pasukan Badan Beruniform, Persatuan/Kelab Dan Pendidikan Luar. Seterusnya Pihak Satria juga memantau sesi Satria Cipta dengan guru pembimbing memberi penerangan tentang metodologi berfikir secara berstruktur dan juga masalah masa kini yang perlu pelajar selesaikan menggunakan adat resam nenek moyang dahulu.

Pihak Satria Cipta juga berpeluang melihat sendiri persembahan dari Murid-murid tentang cara mereka menyelesaikan masalah diberi. Dari Pemerhatian murid-murid dapat memahami dan dapat mengikuti aktiviti Satria Cipta dengan baik

Komen dari pelajar dan guru tentang Satria Cipta Design Thinking dan Pitching Untuk Kesenian Budaya Dan Warisan :

” Program ini bagus untuk murid-murid kenal teknologi orang zaman dulu yang masih boleh digunakan lagi yang sesuai dengan keadaan kita sekarang. Pada pendapat saya, mak ayah perlu carikan sumber-sumber atau cerita daripada sumber internet tentang teknologi dulu-dulu dan tunjukkan kepada anak-anak atau bawa pergi tengok rumah-rumah orang zaman dulu ataupun replika senibina dan tengok dengan sendiri. Setakat ini murid berminat dan kagum kerana orang dulu-dulu lebih hebat dan tidak ketinggalan zaman tidak seperti orang sekarang yang menganggap mereka kolot. “

AHMAD SAUFI BIN ABDUL HASIM, SK TAMAN JASMIN

Satria Cipta lebih kepada tradisional dan mereka seronok Cuma bila masuk bab tradisional ni mereka tidak banyak melihat contoh Cuma dapat tengok daripada slide sahaja. Mereka meminati program Satria Cipta ni dan meminta untuk membuat aktiviti berkumpulan Cuma bila hendak tunjuk contoh tu ia lebih kepada bahan yang kami ada yang bahan maujud itu tidak ada. Mereka lebih tengok tayangan macam itu sahaja. Bila ada Satria Cipta, mereka terus berdisiplin seperti lelaki pakai kain pelikat kalau yang perempuan pula kain batik. Kalau ada kelas Satria Cipta mereka secara automatik mengenakan kain tersebut seperti orang dulu-dulu. 

NORAINI BINTI ABDULLAH, SK TAMAN JASMIN

Program ni sangat baik dan sanga tbagus sebab yang pertama sekali tamadun melayu diangkat setinggi-tingginya, murid-murid zaman sekarang ni memang sudah tidak seberapa padahal benda yang macam-macam cara tu saya tengok memang sangat kagum. selepas itu secara tidak langsung ia merupakan teknologi juga walaupun nama tradisional tapi ia nampak moden. Yang terakhir saya Nampak macam yang batik, tanjak dan sebagainya tu memang bagus sebab penyerapan budaya unsur-unsur melayu yang dah tenggelam dan dilupakan dah diangkat semula. Mereka teruja, mereka memahami, mereka ingin tahu lagi, mereka sudah minat tidak seperti mula-mula ketawa tapi bila sudah masuk, sudah bersembang, sudah cuba berminggu-minggu saya Nampak budak-budak tertarik minatnya.

ABDUL MANAB BIN ALWI, SK TAMAN JASMIN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *