Lawatan Seni Satria Cipta ke Sekolah Kebangsaan Convent (M), Selangor Bersama PPD Hulu Langat
Pada 24 Julai 2019 yang lalu, Pihak Satria Cipta bersama-sama telah membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Convent (M). Lawatan ini bertujuan memantau aktiviti Satria Cipta di Sekolah bersama dengan wakil dari Pengawai Pendidikan.
Lawatan bermula pada 2 petang dengan ketibaan Puan Haslina selaku wakil dari Satria Cipta juga Pengawai Pejabat Pendidikan Hulu Langat Rozi Hazlina Binti Che Omar. Seterusnya Pihak Satria juga memantau sesi Satria Cipta dengan guru pembimbing memberi penerangan tentang metodologi berfikir secara berstruktur dan juga masalah masa kini yang perlu pelajar selesaikan menggunakan adat resam nenek moyang dahulu.
Pihak Satria Cipta juga berpeluang melihat sendiri persembahan dari Murid-murid tentang cara mereka menyelesaikan masalah diberi. Dari Pemerhatian murid-murid dapat memahami dan dapat mengikuti aktiviti Satria Cipta dengan baik
Komen dari pelajar dan guru tentang Satria Cipta Design Thinking dan Pitching Untuk Kesenian Budaya Dan Warisan :

” Program ini terbaik kerana murid menjadi lebih kreatif, sebab program belajar untuk menyelesaikan masalah, belajar untuk mencari jalan macam mana nak buat sesuatu yang baru,macam mana nak bekerja dalam kumpulan dan murid pun teruja dengan program kerana mereka juga dapat membuat benda yang baru lebih inovatif. Mereka akan cuba memperbaharui benda yang lama menggunakan cara tradisional. Keadaan pelajar selepas program satria cipta lebih terbuka untuk menyelesaikan masalah dan tidak menggunakan hanya satu cara yang sama.”
ANIS NABIHAH BINTI ABD RAHIM, SK CONVENT (M) KAJANG

” Program yang baik kerana murid nampak lebih berminat dengan program Satria Cipta.”
MOHD NADZRI BIN M ARSAT, SK CONVENT (M) KAJANG

” Program Satria Cipta merupakan satu idea yang sangat baik dan positif untuk guru dan murid-murid. Ini adalah kerana program ini dapat membuka minda murid-murid berkaitan keseniaan dan kebudayaan masyarakat melayu dizaman dahulu seterusnya dapat diterapkan dizaman kini dengan positif. “
NURUL HUDA BIN MD DIN, SK CONVENT (M) KAJANG
