Perjumpaan Dengan Unit Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia
Pada 1 March 2019 yang lalu, Pihak Satria Cipta telah membuat perjumpaan dengan pegawai daripada Kementerian Pendidikan Malaysia Unit Kokurikulum dan Kesenian. Perjumpaan ini bertujuan untuk berbincang dengan pihak Kementerian tentang aktiviti Satria Cipta yang akan berlangsung sepanjang tahun pada 2019. Dalam perjumpaan yang berlangsung selama 2 jam itu juga, Pihak Satria Cipta juga turut membincangkan mengenai sekolah yang mempunyai potensi untuk menjalankan program Satria Cipta pada 2019 ini.
Pihak Satria Cipta sangat berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan Program Satria Cipta Pitching Dan Design Thinking Untuk Kesenian,Warisan Dan Budaya.
