Lawatan Seni Satria Cipta Ke Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin, Selangor
Pada 13 March 2019 yang lalu, Pihak Satria Cipta telah membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin . Lawatan tersebut bertujuan untuk membantu dan menerangkan kepada guru untuk menggunakan Modul Satria Cipta dalam aktiviti KoKurikulum sekolah.
Pihak Satria Cipta telah tiba di Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin pada pukul 9.00 pagi.Kami telah membuat perbincangan dengan Cikgu penyelaras di sekolah tersebut. Cikgu tersebut telah memberikan penjelasan tentang konsep Satria Cipta kepada murid-murid
Pihak Satria Cipta juga telah mengambil cadangan dan aduan tentang keupayaan Modul Satria Cipta ini untuk ditambah baik pada masa hadapan. Pihak Satria Cipta juga berkesempatan melihat aktiviti yang dijalankan bersama guru pembimbing mereka.
Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin terletak di Jalan Jasmin 2, Taman Jasmin, 43000 Kajang, Selangor.
