Pada 6 march 2019 yang lalu, Pihak Satria Cipta telah membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar ,Selangor. Lawatan tersebut bertujuan untuk membantu dan menerangkan kepada guru untuk menggunakan Modul Satria Cipta dalam aktiviti KoKurikulum sekolah.
Pihak Satria Cipta telah tiba di Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar pada pukul 9.30 pagi.Kami telah membuat perbincangan dengan Cikgu Hafeeka & Cikgu Noraini yang merupakan Cikgu Satria Cipta di sekolah tersebut. Cikgu Hafeeka & Cikgu Noraini telah memberikan penjelasan tentang konsep Satria Cipta kepada murid-murid.
Pihak Satria Cipta juga telah mengambil cadangan dan aduan tentang keupayaan Modul Satria Cipta ini untuk ditambah baik pada masa hadapan. Pihak Satria Cipta juga berkesempatan melihat aktiviti yang dijalankan bersama guru pembimbing mereka.
Sekolah kebangsaan Sungai Merab Luar terletak di Jalan Sungai Merab, Kampung Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor.