Lawatan Seni Satria Cipta Ke Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2, Selangor
Pada 11 March 2019 yang lalu, Pihak Satria Cipta telah membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2. Lawatan tersebut bertujuan untuk membantu dan menerangkan kepada guru untuk menggunakan Modul Satria Cipta dalam aktiviti KoKurikulum sekolah.
Pihak Satria Cipta telah tiba di Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2 pada pukul 12.30 tengah hari.Kami telah membuat perbincangan dengan Cikgu penyelaras Satria Cipta di sekolah tersebut. Cikgu tersebut telah memberikan penjelasan tentang konsep Satria Cipta kepada murid-murid.
Pihak Satria Cipta juga telah mengambil cadangan dan aduan tentang keupayaan Modul Satria Cipta ini untuk ditambah baik pada masa hadapan. Pihak Satria Cipta juga berkesempatan melihat aktiviti yang dijalankan bersama guru pembimbing mereka.
Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2 terletak di Persiaran Impian Perdana, Bandar Baru Saujana Impian, 43200 Kajang,Selangor
