Lawatan Seni Satria Cipta Ke Sekolah Kebangsaan Presint 16(1), Putrajaya
Pada 3 April 2019 yang lalu, Pihak Satria Cipta telah membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1). Lawatan tersebut bertujuan untuk membantu dan menerangkan kepada guru untuk menggunakan Modul Satria Cipta dalam aktiviti KoKurikulum sekolah.
Pihak Satria Cipta telah tiba di Sekolah Kebangsaan Presint 16(1) pada pukul 3.00 petang.Kami telah membuat perbincangan dengan Cikgu penyelaras di sekolah tersebut. Cikgu tersebut telah memberikan penjelasan tentang konsep Satria Cipta kepada murid-murid.
Pihak Satria Cipta juga telah mengambil cadangan dan aduan tentang keupayaan Modul Satria Cipta ini untuk ditambah baik pada masa hadapan. Pihak Satria Cipta juga berkesempatan melihat aktiviti yang dijalankan bersama guru pembimbing mereka.
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1) terletak di 3, Jalan P16G, Presint 16, 62150 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
