Pada 6 March 2019 yang lalu, Pihak Satria Cipta telah membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Jalan 6 Bandar Baru Bangi. Lawatan tersebut bertujuan untuk membantu dan menerangkan kepada guru untuk menggunakan Modul Satria Cipta dalam aktiviti KoKurikulum sekolah.
Pihak Satria Cipta telah tiba di Sekolah Kebangsaan Jalan 6 Bandar Baru Bangi pada pukul 11.00 pagi.Kami telah membuat perbincangan dengan Cikgu Nor Kasma & Cikgu Siti Razilah yang merupakan Cikgu Satria Cipta di sekolah tersebut. Cikgu Nor Kasma & Cikgu Siti Razilah telah memberikan penjelasan tentang konsep Satria Cipta kepada murid-muird.
Pihak Satria Cipta juga telah mengambil cadangan dan aduan tentang keupayaan Modul Satria Cipta ini untuk ditambah baik pada masa hadapan. Pihak Satria Cipta juga berkesempatan melihat aktiviti yang dijalankan bersama guru pembimbing mereka.
Sekolah Kebangsaan Jalan 6 Bandar Baru Bangi terletak di Jalan 2a/6, Seksyen 16, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.