Lawatan Seni Satria Cipta Ke Sekolah Kebangsaan Jalan 3 Bandar Baru Bangi, Selangor
Pada 6 March 2019 yang lalu, Pihak Satria Cipta telah membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Jalan 3 Bandar Baru Bangi. Lawatan tersebut bertujuan untuk membantu dan menerangkan kepada guru untuk menggunakan Modul Satria Cipta dalam aktiviti KoKurikulum sekolah.
Pihak Satria Cipta telah tiba di Sekolah Kebangsaan Jalan 3 Bandar Baru Bangi pada pukul 12.30 tengah hari.Kami telah membuat perbincangan dengan Cikgu Zulkeple yang merupakan Cikgu Satria Cipta di sekolah tersebut. Cikgu Zulkeple telah memberikan penjelasan tentang konsep Satria Cipta kepada murid-murid.
Pihak Satria Cipta juga telah mengambil cadangan dan aduan tentang keupayaan Modul Satria Cipta ini untuk ditambah baik pada masa hadapan. Pihak Satria Cipta juga berkesempatan melihat aktiviti yang dijalankan bersama guru pembimbing mereka.
Sekolah Kebangsaan Jalan 3 Bandar Baru Bangi terletak di 3, Jalan 3/4, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
