April 2, 2026

Lawatan Seni Satria Cipta Ke Sekolah Kebangsaan Convent (M), Selangor

0
4478f5db-eddd-4267-8f02-bd3c799b31f8

Pada 17 April 2019 yang lalu, Pihak Satria Cipta telah membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Convent (M). Lawatan tersebut bertujuan untuk membantu dan menerangkan kepada guru untuk menggunakan Modul Satria Cipta dalam aktiviti KoKurikulum sekolah.

Pihak Satria Cipta telah tiba di Sekolah Kebangsaan Convent (M) pada pukul 3.00 petang.Kami telah membuat perbincangan dengan Cikgu penyelaras di sekolah tersebut. Cikgu tersebut telah memberikan penjelasan tentang konsep Satria Cipta kepada murid-murid.

Pihak Satria Cipta juga telah mengambil cadangan dan aduan tentang keupayaan Modul Satria Cipta ini untuk ditambah baik pada masa hadapan. Pihak Satria Cipta juga berkesempatan melihat aktiviti yang dijalankan bersama guru pembimbing mereka.

Sekolah Kebangsaan Convent (M) terletak di Jalan Gereja, Bandar Kajang, 15200 Kajang, Selangor.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *