Bengkel Satria Cipta : Design Thinking Dan Pitching Untuk Kesenian, Budaya dan Warisan 2019
Pada 29 April 2019 lalu, Satria Cipta dengan kerjasama Yayasan Hasanah serta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengadakan Bengkel Satria Cipta : Design Thinking Dan Pitching Untuk Kesenian, Budaya dan Warisan di MaGIC Hall, Cyberjaya.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru tentang Program Satria Cipta dan juga pendedahan penggunaan Modul Satria Cipta di sekolah masing-masing sebagai bahan mengajar guru-guru ketika aktiviti Satria Cipta berlangsung.
Pada penganjuran tahun 2019, Seramai 50 orang guru dari 32 buah sekolah yang terpilih dari negeri Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya hadir ke program ini. Turut Hadir Puan Zainariah Johari Timbalan Presiden Yayasan Hasanah dan juga Encik Fauzi dari Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sekolah yang terlibat dengan Bengkel Satria Cipta : Design Thinking Dan Pitching Untuk Kesenian, Budaya dan Warisan 2019 : –
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
| SEKOLAH KEBANGSAAN COCHRANE |
| SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA NAN KAI |
| SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SELAYANG |
| SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KOPERASI POLIS |
| SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN KUANTAN (1) |
| SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM DAMAI |
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
| SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(1) |
| SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 9 (1) |
| SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 9 (2) |
| SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 17 (1) |
| SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 14 (1) |
NEGERI PAHANG
| SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT (TANAH RATA) |
| SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PIATU |
| SEKOLAH KEBANGSAAN KARAK |
NEGERI SEMBILAN
| SEKOLAH KEBANGSAAN SENALING, KUALA PILAH |
| SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG LEBAR |
| SEKOLAH KEBANGSAAN NURI |
| SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA CHUNG HUA, KUALA PILAH |
| SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL, KUALA PILAH |
| SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI PAGI |
NEGERI PERAK
| SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA PEREMPUAN, IPOH |
| SEKOLAH KEBANGSAAN SILIBIN |
| SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BEHRANG 2020 |
NEGERI SELANGOR
| SEKOLAH KEBANGSAAN JUGRA |
| SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SEROJA |
| SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SERDANG |
| SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7, BANDAR BARU BANGI |
| SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN 3 |
| SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT (M) KAJANG |
| SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN 4 |
| SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN ENAM |
| SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA IMPIAN |

“Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Saya Cikgu Suzana Binti Ali dari Sk Sri Serdang mewakili Petaling Perdana, Negeri Selangor. Kehadiran saya dalam bengkel desgin thinking ini bagi saya sangat teruja dan awesome sebab satu projek yang unik dimana dalam masa kita mengejar dunia berkaitan tentang inovasi dengan adanya bengkel ini, dia mengajak kita untuk mengimbau kembali berkaitan dengan kesenian warisan dan budaya dimana. Tahniah diucapkan kepada pengajur dan juga Yayasan Hasnah selaku pencetus idea Satria Citra ini yang dapat menghasilkan buku panduan aktiviti yang boleh diguna pakai di sekolah supaya murid-murid tak lupa dengan kita punya budaya, warisan dan kesenian. Tahniah”
