April 2, 2026
Poster Satria Cipta Letak Nombor-06
Pada 20 November 2021 telah berlangsung dengan jayanya GRAND FINAL PERTANDINGAN AKHIR SATRIA CIPTA 2021 bagi memilih Johan Pertandingan 2021.
 
Program ini telah diadakan secara atas talian. Bermula jam 9 pagi, Para peserta diberikan masa untuk sesi pitching dan juga soal jawab bersama panel juri.
 
Seterusnya pada pada jam 11.20 pagi adalah Majlis Penutup Program Satria Cipta 2021 dan dan pengumuman pemenang Pertandingan Satria Cipta 2021
258526231_304028555058578_8037610766393584324_n
Program dimulakan dengan taklimat pertandingan bersama juri professional iaitu :
1. YBHG. Puan Rizawani Binti Mustafa, Penolong Pengarah, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia .
2. YBHG. Puan HJH Zainariah Binti Johari, Timbalan Presiden Kanan, Yayasan Hasanah .
3. Rosli Bin Haji Nor, Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang, Pejabat Warisan Negeri Pulau Pinang

Sesi Pitching dari ALYA HANAN BINTI ROSHILMI dengan Tajuk EKABENAH KLASIK dari SK TAMAN KOPERASI POLIS, WP KUALA LUMPUR

Sesi Pitching dari NUR AQILAH MUSFIRAH BINTI SHARIZAL dengan Tajuk SISTEM PMA DINAMIK (PENYULING MESRA ALAM) dari SK TANJONG MALIM, PERAK

Sesi Pitching dari KULJIT KAUR SIDHU dengan Tajuk KELAMBU BERKABUS MODEN dari SK TAMAN PUTERI, SELANGOR

Sesi Pitching dari NUR AHLAM YAMNA BINTI YUZAIDI dengan Tajuk TABLET BUBUK ALLAKAZAM dari SK PROTON CITY, PERAK

Sesi Pitching dari DAYANG SITI QURRATU AIN BINTI AWANG RAZALI dengan Tajuk MINYAK SEA EARTH dari SK KAMPUNG SENAU, SARAWAK

Majlis teruskan dengan Ucapan aluan daripada YBHG. Puan Rizawani Binti Mustafa, Penolong Pengarah, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga ucapan perasmian Pertandingan Akhir Satria Cipta 2021 Peringkat Kebangsaan daripada YBHG. Puan HJH Zainariah Binti Johari, Timbalan Presiden Kanan, Yayasan Hasanah.
Seterusnya pengumuman keputusan Pertandingan Akhir Satria Cipta 2021 Peringkat Kebangsaan :
 
1. Sekolah Paling Banyak Penyertaan
2. Guru Pembimbing Satria Cipta Paling Aktif
3. Tempat Kelima
4. Tempat Keempat
5. Tempat Ketiga
6. Naib Johan
7. Johan dan Penyampaian Terbaik
 
Para Finalis akan berpeluang membawa pulang hadiah :
Johan : Wang Tunai RM300 serta sebuah Tablet
Naib Johan : Wang Tunai RM200 serta sebuah Tablet
Tempat Ketiga : Wang Tunai RM150 serta sebuah Tablet
Tempat Keempat dan Kelima : Wang Tunai RM100 serta sebuah Gadjet
Hadiah disediakan untuk Pemenang dan Guru Pembimbing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *