Satria Cipta Melabuhkan Tirai
Asalamualaikum dan Salam Sejahtera Cikgu…Alhamdulillah syukur kepada tuhan atas Rahmat-NYA Program Satria Cipta Design Thinking Dan Pitching telah melabuhkan tirainya semalam dengan diadakan Pertandingan Akhir Satria Cipta Peringkat Kebangsaan.
Kami Pihak Satria Cipta ingin mengucapkan Terima Kasih yang kepada GURU-GURU, MURID, GURU BESAR, PK KOKO yang telah mengambil bahagian serta turut sama-sama menjayakan Program yang memberi manfaat kepada generasi muda kita.
Juga tidak lupa kepada Yayasan Hasanah, Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memberi sokongan yang padu kepada Satria Cipta. Kami Pihak Satria mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan.
Kami juga ingin mengucapkan Tahniah kepada Para peserta Pertandingan Akhir Satria Cipta Peringkat Kebangsaan.
Akhir kata, Marilah kita rakyat Malaysia sama-sama berdoa agar Covid-19 ini dapat dikawal seterusnya dapat memudahkan kita untuk menjalani kehidupan kita seperti dulu.
Cintailah Kesenian, Budaya dan Warisan Nenek Moyang untuk masa hadapan kita bersama.
Terima Kasih dan Selamat Tahun Baru..