Pertandingan Akhir Satria Cipta Pitching Day Untuk Kesenian, Budaya dan Warisan 2019
Pada 11 November 2019 Satria Cipta telah mengadakan Pertandingan Akhir Pitching Day Untuk Kesenian, Budaya dan Warisan 2018 yang bertempat di MaGIC Hall, Cyberjaya. Pertandingan ini mengumpulkan 15 sekolah yang terbaik bagi mempersembahkan inovasi mereka bagi menyelesaikan masalah semasa mengunakan Kesenian, Budaya dan Warisan.
Antara sekolah yang berjaya menyertai Pertandingan Akhir ini :
- SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA CHUNG SIN PERAK
- SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN 3 SELANGOR
- SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST PERAK
- SEKOLAH KEBANGSAAN RINGLET PAHANG
- SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN EMPAT SELANGOR
- SEKOLAH KEBANGSAAN NURI NEGERI SEMBILAN
- SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA NAN KAI KUALA LUMPUR
- SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SELAYANG KUALA LUMPUR
- SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SERDANG SELANGOR
- SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN JASMIN SELANGOR
- SEKOLAH KEBANGSAAN KARAK PAHANG
- SEKOLAH KEBANGSAAN PROTON CITY PERAK
- SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG MALIM PERAK
- SEKOLAH KEBANGSAAN AU KERAMAT WP KUALA LUMPUR
- SEKOLAH KEBANGSAAN KING GEORGE V NEGEI SEMBILAN
Untuk melayakkan diri ke Pertandingan Akhir ini mereka perlu menghantar video cara untuk menyelesaikan masalah kepada Pihak Satria Cipta. Cara penyelesaian masalah dan inovasi yang menarik akan terpilih bagi menyertai pertandingan ini.
Pertandingan dimulakan dengan kehadiran semua peserta, Guru Pembimbing dan murid-murid. Mereka perlu mendaftarkan diri dan mencabut nombor giliran untuk naik ke pentas bagi mempersembahkan inovasi peserta. Sarapan pagi juga disediakan oleh pihak penganjur.
Para peserta juga akan diadili oleh Juri professional. Peserta diberi 7 minit untuk mempersembahkan inovasi mereka. Peserta boleh mempersembahkan persembahan mereka dalam bentuk Sketsa, Nyanyian, Pantun, Seloka, Bersajak dan lain-lain mengikut kreativiti masing-masing.
Berikut adalah Pemenang Pertandingan Akhir Satria Cipta Pitching Day Untuk Kesenian, Budaya dan Warisan 2018 :
Johan : Sekolah Kebangsaan Proton City, Perak
Naib Johan : Sekolah Kebangsaan Kampong Selayang, Kuala Lumpur
Tempat Ketiga : Sekolah Kebangsaan Methodist, Perak

terbaikk