April 2, 2026

Pertandingan Akhir Satria Cipta Pitching Day Untuk Kesenian, Budaya dan Warisan 2018

0
Screenshot (1244)

Pada 21 November 2018 Satria Cipta telah mengadakan Pertandingan Akhir Pitching Day Untuk Kesenian, Budaya dan Warisan 2018 yang bertempat di MaGIC Hall, Cyberjaya. Pertandingan ini mengumpulkan 15 sekolah yang terbaik bagi mempersembahkan inovasi mereka bagi menyelesaikan masalah semasa mengunakan Kesenian, Budaya dan Warisan.

Antara sekolah yang berjaya menyertai Pertandingan Akhir ini :

  1. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA YU HUA SELANGOR
  2. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL KAJANG SELANGOR
  3. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN LADANG SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
  4. SEKOLAH KEBANGSAAN AU KERAMAT WP KUALA LUMPUR
  5. SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU BANGI SELANGOR
  6. SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TEKNOLOGI KAJANG SELANGOR
  7. SEKOLAH KEBANGSAAN CYBERJAYA SELANGOR
  8. SEKOLAH KEBANGSAAN DESE PINGGIRAN PUTRA SELANGOR
  9. SEKOLAH KEBANGSAAN KARAK PAHANG
  10. SEKOLAH KEBANGSAAN KING GEORGE V NEGERI SEMBILAN
  11. SEKOLAH KEBANGSAAN PRESINT 16(2) WP PUTRAJAYA
  12. SEKOLAH KEBANGSAAN PROTON CITY PERAK
  13. SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA IMPIAN SELANGOR
  14. SEKOLAH KEBANGSAAN SETIAWANGSA WP KUALA LUMPUR
  15. SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG MALIM PERAK

Untuk melayakkan diri ke Pertandingan Akhir ini mereka perlu menghantar video cara untuk menyelesaikan masalah kepada Pihak Satria Cipta. Cara penyelesaian masalah dan inovasi yang menarik akan terpilih bagi menyertai pertandingan ini.

Pertandingan dimulakan dengan kehadiran semua peserta, Guru Pembimbing dan murid-murid. Mereka perlu mendaftarkan diri dan mencabut nombor giliran untuk naik ke pentas bagi mempersembahkan inovasi peserta. Sarapan pagi juga disediakan oleh pihak penganjur.

Para peserta juga akan diadili oleh Juri professional. Peserta diberi 7 minit untuk mempersembahkan inovasi mereka. Peserta boleh mempersembahkan persembahan mereka dalam bentuk Sketsa, Nyanyian, Pantun, Seloka, Bersajak dan lain-lain mengikut kreativiti masing-masing.

Berikut adalah Pemenang Pertandingan Akhir Satria Cipta Pitching Day Untuk Kesenian, Budaya dan Warisan 2018 :

Pemenang tempat ketiga telah membawa pulang Sijil Pencapaian, Sijil Penyertaan dan juga Trofi Tempat Ketiga. Bagi Naib Johan telah membawa pulang Sijil Pencapaian, Sijil Penyertaan dan juga Trofi Naib Johan. Bagi Johan mereka telah membawa pulang Sijil Pencapaian, Sijil Penyertaan dan juga Trofi Tempat Pertama juga sebuah Komputer Riba Edisi Terhad. Bagi sekolah yang lain masing-masing layak mendapat Sijil Peyertaan.

Gambar Sekitar Pertandian Akhir Peringkat Kebangsaan Satria Cipta Pitching Day Design Thinking Dan Pitching Kesenian, Budaya dan Warisan :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *