Bengkel Satria Cipta : Design Thinking Dan Pitching Untuk Kesenian, Budaya dan Warisan 2018
Pada 6 September 2018 lalu, Satria Cipta dengan kerjasama Yayasan Hasanah serta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengadakan Bengkel Satria Cipta : Design Thinking Dan Pitching Untuk Kesenian, Budaya dan Warisan di MaGIC Hall, Cyberjaya.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru tentang Program Satria Cipta dan juga pendedahan penggunaan Modul Satria cipta di sekolah masing-masing sebagai bahan mengajar guru-guru ketika aktiviti Satria Cipta Berlangsung.
Seramai 90 orang guru dari 55 buah sekolah yang terpilih dari negeri Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya hadir ke program ini. Turut Hadir Puan Zainariah Johari Timbalan Presiden Yayasan Hasanah.
Program bermula dengan ucapan dari Puan Haslina Mohamad wakil dari Satria Cipta. Kemudian, pengenalan tentang Satria Cipta dari Coach Rashdan. Guru-guru juga dibekalkan modul untuk dibawa pulang.
